Pages

  • Utama
  • Tentang
  • Hubungi
facebook youtube instagram

Blog Royce Alliun - Perunding Bina Rumah Di Tanah Sendiri




  • Lucky Draw bulan Ini khas utk pelanggan2 IP Money Magnet Sdn Bhd.

    Siapakah yang bertuah?

    Continue Reading



    Selamat Menyambut Awal Muharram 1439 H

    IP MONEY MAGNET SDN BHD 
    (1232390-K)

    "We Build Your Dreams"
    Continue Reading

    Membina rumah kediaman di tanah sendiri merupakan impian setiap insan. Rumah yang dibina itulah yang akan menjadi tempat keluarga berkumpul. Kalau diikutkan dari segi kos memang lebih jimat berbanding membeli rumah yang sudah siap. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu selok belok dalam merancang pembinaan rumah sampai mengikis poket anda sedikit demi sedikit sehingga melebihi kos yang sepatutnya.



    #1 Geran Tanah

    Geran tanah adalah sangat penting sebab kalau tiada geran mana boleh bina rumah lebih-lebih lagi bukan tanah kita sendiri, macam tolong orang lain bina rumah pula nanti. Jadi, ia amatlah diperlukan untuk kenal pasti siapa pemiliknya. Pastikan geran tanah tersebut tertera nama anda sebagai pemilik atau salah seorang (suami/isteri).

    Selain itu, sila semak kategori tanah contohnya pertanian, bangunan kediaman, dan bangunan komersial. Jika kategori selain dari bangunan kediaman, cepat-cepat lah tukar ya. Anda boleh buat sendiri atau guna khidmat perunding tanah atau peguam untuk mempercepatkan lagi proses penukaran kategori tanah.

    Keluasan tanah dan pelan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan keluasan dan rekabentuk kediaman anda.



    #2 Keadaan Tanah

    Ceritalah serba ringkas pasal keadaan tanah tersebut sama ada tanah rata, berbukit, hutan, tanah lembah/rendah atau tanah timbus. Kalau kawasan tu semak samun, anda perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket sendiri. Kalau tanah tu jenis tanah lembah/rendah, anda perlu timbus dahulu dengan duit poket sendiri.
    Pada kebiasaannya kontraktor cuma sediakan rumah sahaja, tetapi anda boleh meminta kontraktor untuk buat kerja membersih dan menambun tanah dengan kos tambahan.
    Kos menambun tanah ni boleh dimasukkan sekali dalam bajet bina rumah dengan syarat ianya ditulis dalam perjanjian dengan kontraktor, baru bank atau kerajaan akan kira kos tersebut.



    #3 Pelan Rumah

    Dalam bab ini, anda diminta supaya jadi pelukis yang hebat. Tidak perlu. Asal nampak pelan susun atur yang berkenan dihati pun jadilah.
    Di IPMM, setakat ini kami mempunyai 10 model rumah yang cantik, moden dan kontemporari. Pelan tanah memainkan peranan penting dalam keluasan dan pelan susun atur rumah anda, mintalah pandangan daripada arkitek/pelukis pelan.
    Anda juga perlu pandai memilih dan mereka bentuk pelan susun atur rumah anda agar pelan tersebut memberi keselesaan kepada anda dan memudahkan untuk anda membuat tambahan struktur rumah pada masa depan, kalaulah keadaan memerlukan.




    #4 Bajet Kewangan


    Perlu ambil perhatian bahawa bajet anda akan menentukan keluasan, rekabentuk dan spesifikasi rumah anda.
    Di IPMM, kami sediakan 10 model rumah sekali dengan bajet dan harga yang ekonomik dan berpatutan kepada anda. Anda cuma perlu pilih model yang anda suka dan membuat pembayaran mengikut fasa pembinaan mengikut perjanjian bersama IPMM dan anda di hadapan peguam.
    Jika anda mempunyai design sendiri pun boleh. Anda boleh dapatkan nasihat daripada kami tentang anggaran bajet kewangan rumah impian anda apabila anda menggunakan pinjaman bank atau kerajaan.

    #5 Spesifikasi
    Apa itu spesifikasi? Tidak ramai yang bertanya tentang bab ni. Spesifiksai adalah bahan-bahan yang akan digunakan dalam membina rumah, contohnya penggunaan batu-bata samada bata simen atau bata merah untuk dinding rumah, rangka pintu dan tingkap samada kayu atau besi aluminum, kemasan lantai samada simen konkrit atau jubin seramik dan lain-lain.
    Kadang-kadang arkitek/pelukis pelan memasukkan spesifikasi di dalam pelan lakaran mereka tanpa disedari oleh pelanggan. Oleh itu, ramai di antara pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin ‘tak padan’ dengan bajet mereka.
    Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan. Kontraktor menganggap kerja mereka betul manakala pelanggan tak berpuas hati dengan apa yang disediakan oleh kontraktor. Terbaiknya, bawalah berbincang dengan kontraktor tentang spesifikasi ini dan persetujuannya hendak dibuat bertulis, jangan ikut cakap mulut… bila ada masalah, baru mau menyesal.
    Akhirnya, bila pelan lakaran rumah sudah siap dan telah diluluskan oleh badan berkanun, barulah anda perlu fikirkan langkah seterusnya, buat pinjaman bank atau kerajaan… bagi yang poket tebal, tidak apa la, boleh bina terus jak…
    Pilihlah pinjaman yang terbaik… kontraktor yang terbaik… dan peguam yang terbaik… untuk menguruskan pembinaan rumah idaman anda…dan yang penting ada cover insurans seperti di IPMM.
    Contoh policy insurans untuk bina rumah di tanah sendiri.


    Like & Share jika info ini berguna untuk anda dan orang lain. Terima kasih.
    Sila hubungi saya utk mendapatkan rundingan percuma.

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Like Fanpage Royce Alliun

    • facebook
    • youtube
    • instagram

    IP Money Magnet SDN BHD

    press

    ARTIKEL RAWAK

    • 5 Panduan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
    • Harga rumah kami harga tinggi ker??
    facebook You Tube instagram

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top